top of page
Muhidin.png

Profile Ustaz Muhidin Mokter

Mendapat asas pendidikan Islam di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan (1986-1990). Meneruskan pengajian di Jamiah Darul Ulum Karachi, Pakistan (1991-1993). Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar Mesir (1993-1997) dalam jurusan Syariah. Memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2002.

 

Memulakan kerjaya sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Klang pada tahun 1997 seterusnya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dari tahun 1998 sehingga 2012.

 

Atkif dalam usaha-usaha dakwah, sebagai penceramah, pengkuliah berkitab, moderator dan panel forum. Beliau juga merupakan penceramah agama bertauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) .

 

Pernah mengendalikan program Usrah di udara ‘Usrah Rasahati’ di Radio IKIM.fm. Merupakan kolumnis majalah ANIS dalam segmen Mahmudah & Mazmumah semenjak September 2010 hingga Dis 2012. Turut muncul di kaca TV seperti Tanyalah Ustaz TV9, Isu aqidah TV al-Hijrah, Khidmat Syariah TV al-Hijrah, Kilinik D’ Hijrah dan lain-lain.

Berpengalaman mengendalikan program latihan khususnya pembangunan sumber insan dan mendapat sijil kejurulatihan dari Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

 

Berpengalamam dalam memberikan bimbingan ibadah haji dan umrah serta menerajui sebuah syarikat pengendalian  ibadah Umrah iaitu Labbaik Travel  & Tours Sdn Bhd.

 

Kerjaya terkini:

- Pengerusi Tadika Islam Malaysia ( PERTIM ) 2022/2023

- Pengarah Urusan Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd

- Pengarah Urusan Akademi Keluarga Fitrah

- Exco Dewan Dakwah, Dewan Dakwah Negara

 

bottom of page