• Muhidin

Konsep Keibubapaan Islam

Awesome Parenting suatu term yang sering digunakan untuk menggambarkan satu konsep keibubapaan yang sangat baik, cemerlang dan terbaik. Ia memberi satu gambaran yang cukup Indah berkaitan ibubapa yang yang berperanan sebagai ibubapa yang terbaik. Ibubapa yang berkasih sayang sesama mereka khususnya terhadap anak-anak, ibubapa yang tidak marah-marah ibubapa yang membimbing anak-anak, ibubapa yang mesra dengan anak-anak, ibubapa yang sedia berkawan dengan anak-anak dan berbagai gambaran yang cukup indah dan menennagkan sesiapa sahaja yang mendengarnya dan menjadi impian setiap indivudu mempunyai ibubapa yang hebat, baik dan awesome.


Realiti hari seolah-olah masalah anak-anak, khususnya anak remaja tidak pernah reda, tiada kesudahan dan penghujung seperti hujan di musim tengkujuh, satu dan satu masalah anak-anak timbul dalam masyarakat. Kebiasaannya ibubapalah yang akan dipersalahkan, ibubapa tidak beri perhatian kepada anak-anak, anak-anak tidak cukup kasih sayang dari ibibapa, anak-anak sering dileter oleh ibubapa menyebabkan anak-anak lari dari rumah, ibubapa selalu marah-marah, ibubapa sibuk dengan kerja, pergi gelap pagi balik gelap malam, dan macam-macam lagi.Tidak kurang juga ada puhak menyalahkan masyarakat dan persekitaran, ada juga yang menyalahkan guru-guru, menuding jari kepada kerajaan, dan berbagai pihak yang menyebabkan anak-anak bermasalah.


Manakala fenomenanya di pihak ibubapa pula bebeza, ibubapa kata “kami dah buat yang terbaik”, “kami dah beri kasih sayang yang terbaik”, “kami tak pernah pilih kasih antara anak-anak kami”, “ Kami tak pernah abaikan anak-anak”, “kami dah carikkan sekolah terbaik untuk anak-anak” dan macam-macam kata-kata lagi, menggambarkan ibubapa telah melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.


Jesteru tiada jalan penyelesaian, tiada kesudahan dan tiada penamat jika masing-masing menunjukkan merekalah yang betul dan mengata orang lain salah, mereka kata dah buat yang terbaik manakala pihak yang lain kata kamu cuai, kamu tidak bertanggugjawab dan seterusnya. Marilah kita semua para ibubapa berlapang dada, luaskan fikiran, fikirkan yang terbaik untuk anak-anak, berkerjasama membangun generasi muda anak-anak kita kerana mereka semua adalah anak-anak kita, generasi muda ini adalah pewarsi kita semua, Meraka adalah titipan Allah kepada ibubapa sebagai amanahnya kepada kita untuk dipertanggungjawabkan.


Kita sama-sama lihat semula kefahaman keibubapaan kita, adakah ia menepati sebagimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t atau sebaliknya, cara yang kita gunakan apabila melayan anak-anak, cara kita mengajar dan mendidik anak-anak kita, cara kita menyelesaikan masalah anak-anak kita atau masalah sesame mereka, cara kita memberikan kasih sayang dan yang sangat penting apa yang kita tunjukkan kepada anak-anak kita…adakah semuanya itu kila lakukan mengikut petunjuk Allah s.w.t yang terapat dalam al-Quran … dan adakah kita sudah lakukan sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik dan membangunkan anak-anak dan generasi muda seingga menjadi khairu ummah.


Konsep Keibubapaan Islam


1. Mindset Keibubapaan


Mengkin kita sendiri tertanya-tanya apa yang ada dalam pemikiran kita berkaitan keibubapaan dan peranan sebagai ibubapa, adakah ia sekadar melahirkan anak, membesarkan mereka, beri Pendidikan dan selebih pandai-pandailah dia…..atau kita perlu berikan mereka segala keperluan mereke secukupnya….atau bagaimana? Mindset merupakan gugusan niat dan matlamat yang hendak dicapai sebagai ibubapa terhadap anak-anak. Sememangnya ia tidak mudah kerana ia melibat diri sendiri dan orang lain, ibubapa dan anak-anak.


Apabila ingin melihat mindset kita sebagai ibubapa, pasti berbeza-beza mengikut cita rasa dan keinginan kita, dan ianya pasti berbeza dari seseorang kepada seseorang yang lain, sebagai contoh tujuan berkahwin, setiap individu pasti berbeza dengan individu yang lain, tujuan mempunyai anak juga berbeza satu dengan yang lain.


Namun Allah s.w.t yang mencipta manusia dan menghantar manusia ke dunia ini telah menetapkan hala tuju kekeluargaan dan keibubapaan sebagaimana di jelaskan dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Fuqan ayat 71 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami dari pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Allah mengajar kita apabila kita berkeluarga, memohon kepada Allah agar diberikan pasangan dan anak-anak yang menggembirakan dan menjadikan mereka pemimpin bagi orang yang bertaqwa. Kemuncak permohonan adalah ketaqwaan.


Justeru dapat disimpulkan tujuan perkawhinan adalah untuk mencari tawqa kepada Allah dan apabila memperoleh zuriat, maka tujuan memperoleh anak adalah mendidik mereka menjadi orang yang bertawa kerana pastinya taqwa itu yang terbaik yang perlu dituju.


Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


Apajua kerjaya pasangan kita, atau apajua kerjaya yang anak-ana, di mana kedudukan dan pangkat, namun yang terpenting ciri taqwa ada pada diri kita, pasangan kita dan anak-anak kita insyaallah family awesome akan mendi milik kita.


2. Prinsip Keibubapaan Islam


  • Anak-anak adalah milik Allah dititipkan kepada Ibubapa sebagai satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

  • Tanggungjawab utama ibubapa adalah kenalkan anak-anak dengan Allah s.w.t dan hidupkan nilai rasa ketuhanan pada diri anak-anak serta membangunkan rasa kebertanggungjawaban terhadap Allah s.w.t.

  • Penilaian Allah terhadap petanggungjawaban anak-anak adalah dinilai dari sudut usaha yang dilakukan oleh ibubapa bukan hasil atau keputusan.

  • Anak kita adalah anak orang dan anak orang adalah anak kita, perlu berkerjasama untuk mendidik dan membangunkan mereka.

  • Pendidikan sebenar bermula di rumah dan ibubapa adalah pendidik utama, manaka pihak lain adalah pembantu dan pelengkap.

  • Pembanguan potensi anak-anak hendaklah bersikap holistik meliputi pembangunan minda (IQ), fizikal (PQ), spiritual (SQ) dan emosi (EQ).

  • Kejayaan dalam keibubapaan diukur dari kaca mata Islam bukan kaca mata manusia.


3. Ilmu Keibubapaan


Ilmu pengetahuan adalah asas kejayaan dan kecemerlangan dalam semua perkara. Allah s.w.t menegaskan dalam dalam surah al-Zumat ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


Untuk menjadi ibubapa yang baik, yang hebat perlu mengetahui ilmu yang diperlukan untuk menjadi ibubapa yang baik. Ilmu yang diperlukan untuk menjadi ibubapa yang baik terbahagi kepada beberapa bahagian;


1. Ilmu Asas Agama, atau yang dikenali sebagai ilmu fardhu a’in.


Ia meliputi ia ilmu yang sangat penting untuk membina jiwa agama dan jiwa khalifah dalam diri ibubapa dan anak-anak yang menjadi teras kehidupan manusia di atas dunia ini. Ilmu agama meliputi perkara berikut;

  • Ilmu aqidah dan ketuhana dan juga prinsip-prinsip kehidupan Islam.

  • Ilmu fiqh khusus berkaitan dengan peribadatan kepada Allah seperti asas tharah, hukum darah, sembahyang, puasa, zakat dan haji.

  • Ilmu asas berkaitan halal dan haram. Ia berkaitan kaedah asas dalam menilai dan menentukan sesuatu perkara itu halal atau haram, dan aspek ini sangat penting sebagai penduan kehidupan berlandaskan syariat.

  • Ilmu akhlaq. Ia adalah pengetahuan berkaitan adab dan tatacara untuk bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain, dan bahagian ini juga antara bahagian yang sangat penting untuk menajdi ibubapa yang baik. Anak-anak akan lebih terkesan dengan akhlak dan perilaku yang ditunjukkan oleh ibubapa.

2. Ilmu keibubapaan


Ilmu berkaitan keibubapaan meliputi aspek yang berikut:

  • Konsep Keibubapaan Islam. Kefahaman ini sangan penting untuk memandu dan menentukan hala tuju sebuah keluarga, konsep kejayaan dan kecemerlangan keluarga, konsep pembangunan anak-anak dan lain-lain.

  • Konsep Asuhan Anak. Ilmu berkaitan konsep asuhan anak juga sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana cara ibubapa mengasuh dan mendidik anak-anak samada secara perasaan atau warisan, dan ilmu keibubapaan juga mestilah berteraskan keibubapaan Islam berbanding keibubapaan barat atau timur.


3. Psikokologi Perkembangan Anak-anak


Psikologi perkembangan anak-anak ini sangat penting untuk kita memahami keperluan mereka di setiap peringkat contohnya keperluan pemakanan di setiap tahap umur, jenis pemakanan yang sesuai kerana pemakanan juga antara faktor yang sangat mempengaruhi perkembangan anak-anak. Asas ilmu psikologi ini meliputi:

  • Tahap perkembangan anak-anak menurut psikologi dan Islam.

  • Keperluan anak-anak di setiap tahap perkembangan anak-anak.

  • Memahami perkembangan emosi anak-anak dan kesannya.

  • Memahami personaliti dan sikap anak-anak.

  • Konsep aqil baligh anak-anak dan persediaannya.

4. Ilmu Kemahiran Hidup


Ilmu kemahiran hidup bermaksud ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dan untuk cemerlang dalam kehidupan di dunia ini, seperti ilmu kepimpinan diri, ilmu komunikasi, ilmu bersosial dan ilmu yang berkaitan kerjaya kehidupan, hidup beragama tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia ini.


5. Skil Keibubapaan


Konsep keibubapaan ke lima ini yang sangat penting adalah skil keibubapaan yang meliputi aspek berikut;

  • Kemahiran mendidik anak. Kemahiran cara mendidik anak sesuai dengan fitrah anak-anak sangat diperlukan agar proses pendidikan anak memberi kesan yang positif pada anak-anak.

  • Kemahiran komunikasi. Kemahiran ini sangat diperlukan khususnya untuk membina hubungan dan persefahaman antara ibubapa dan anak-anak seterusnya melaksanakan preses pengasuhan dan Pendidikan. Kemahiran komunikasi jugaakan mempengaruhi perkembangan sikap anak-anak.

  • Kemahiran menangani konflik. Konflik dengan anak-anak biasanya berlaku hasil dari komunikasi yang negative atau gagal, justeru ibubapa perlu mempunyai kemaharin bagaimana menangani konflik dengan anak-anak atau sesama adik beradik. Kehagalan menganani konflik akan menjejaskan keharmonian dan kebahagiaan sebuah keluarga.


6. Muhasabah Diri.


Konsep muhasabah diri amat penting dalam konsep keibubapaan kerana kejayaan dan kegagalan suatu yang subjektif, kebenaran dan kesilapan yang melibatkan ibibapa dan anak-anak juga suatu yang subjjektif, justeru ibubapa perlu bermusabah dan semak semula secara berkala, harian, bulanan atau tahunan prestasi keibubapaan dan berlapang dada untuk membetulkan kesilapan.



TIPS KELUARGA CEMERLANG

  • Kecemerlangan sesebuah kelurga bargantung kepada kualiiti setiap indidiviu yang adalah dalam sebuah keluarga. Apabalia salah satu anggota keluarga lemah atau cacat ia akan menjejaskan yang lain. Ia seumapa sebatang tubuh yang saling merasai antara satu sama lain.

  • Rasulullah s.a.w bersabda menggambarkan hubungan antara orang-orang yang beriman dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Nu’man Bin Basyir yang bermaksud: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam”.

  • Justeru, hubungan antara ahli keluarga muslim dan mukmin pasti lebih erat dan kuat dari segi perasaan dan sentiment. Antara tips keluarga cemerlang adalah seperti berikut;

  • Menghidupkan suasana ketuhanan dan agama dalam keluarga dan rumatangga.

  • Menghidupkan budaya solat berjamaah di rumah dan lingkungan persekitaran (masjid dan surau).

  • Saling hormat menghormati dan bertolak ansur serta saling memaafkan kesilapan dan kesalahan yang lain.

  • Berkomunikasi dengan bahasa yang sangat baik dan menggembirakan, jauh dari perkataan keji atau caci maki.

  • Menutup keaiban ahli keluarga dan jangan disebarkan bahkan berusaha memperbaiki atau memperbetulkan dan penuh bijaksana.

  • Bersama-sama dan berjamaah dalam melakukan kerja-kerja rutin seperti membersihkan rumah, mengemas dapur, memasak, makan, bercuti dan lain-lain.

  • Saling bantu membantu dalam membangun diri dan ahli keluarga.

  • Hidupkan budaya berbincang atau syura dalam membuat perancangan kehidupan.

  • Hidupkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga melalui kata-kata, bantuan, pemberian, hadiah dan kebersamaan.

  • Selesaikan perselisihan dan pertelingkahan dengan bijaksana dan hikmah berasaskan petunjuk Rasulullah s.a.w.

  • Saling ingat mengingati dalam perkara kebenaran, kebaikan dan kesabaran.

  • Rendah diri dan berlapang dada menerima pandangan dan nasihat dari ahli keluarga yang lain walaupun dari yang lebih kecil.

  • Elakkan menuding jari atau menyalahkan orang lain dalam suatu kegagalan atau keburukan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan mengatasinya.

  • Berterus terang sesama ahli keluarga dengan penuh bijaksana, jauhkan sikap berdendam dan bermusuhan.

  • Berlebih kurang dan saling memberi dalam urusan harta dan kewangan, segerkan penyelesaian harta pusaka dengan penuh kasih sayang.


by Ustaz Muhidin Mokter

490 views0 comments

Recent Posts

See All